โ๐๐๐ซ๐ข ๐ฉ๐๐๐๐ง๐ ๐๐จ๐ฅ๐ ๐ค๐ ๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ค๐๐ฅ, ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ข ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ ๐ฌ๐๐ฆ๐ โ ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข, ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง.โ![]()
![]()
![]()
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Kayuhan Amal 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al Muhajirin Bandar Seberang Jaya.
Sebagai wakil penganjur daripada Masjid Al Muhajirin Bandar Seberang Jaya dan Al Ghufran Event Management selaku penaja bersama, saya berbesar hati menyambut kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datoโ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang serta para VVIP, penaja, peserta dan komuniti setempat yang turut memeriahkan program ini.
Program ini bukan sekadar aktiviti riadah dan kesihatan, malah menjadi platform mengukuhkan hubungan antara institusi masjid, sektor korporat, agensi kerajaan dan masyarakat. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan hari ini membuktikan bahawa masjid mampu menjadi pusat penyatuan ummah serta pemangkin pembangunan komuniti yang aktif dan progresif.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, sukarelawan, peserta dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Insya-Allah, Masjid Al Muhajirin bersama Al Ghufran Event akan terus merancang pelbagai program berimpak tinggi yang menggabungkan elemen sukan, kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat.
โMasjid Nadi Pembangunan Ummahโ






